Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.ba.la] | ݢمبالا

Definisi : 1. orang yg menjaga atau meme­lihara ternakan (kambing, lembu, dll); ~ kuda pemelihara kuda; 2. ki penjaga keselamatan orang ramai, pemimpin; bagai ~ diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak berguna baginya; gajah seekor ~ dua prb satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang perempuan); bergembala mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~ parak berpagar prb harta benda harus dijaga; menggembala menjaga, memelihara, me­mimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka; penggembalaan 1. perihal menggembala; 2. = tanah ~ tempat menggembala binatang; penggembala orang yg menggembala, gembala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.ba.la] | ݢمبالا

Definisi : ; ~ gajah sj burung, burung kambing, Platysumarus leucopterus; burung ~ kera sj burung, Eupetes macrocerus; burung ~ kerbau sj burung, Acridotheris tristis; burung ~ pelanduk sj burung, Pitta sordida; burung ~ rimau sj burung, burung kesumba, Harpactes oreskios. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.ba.la] | ݢمبالا

Definisi : , = penggembala orang yg menjaga atau memelihara binatang ternakan: ~ kambing. menggembala menjaga atau memelihara binatang ternakan: Tiap-tiap hari, dia pergi ~ kambing di padang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembala

Puisi
 

Gendang Cik Samat gembala angsa,
     Telur angsa sarang setalam;
Umat Muhammad punya bangga,
     Embun menitis serata alam.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Gajah seekor gembala dua.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
GembalaTiadaUtusan Zaman23.12.1984
GembalaZainal Abidin MokhtarUtusan Zaman01.12.1963
GembalaRahimin MahasanBerita Minggu (Sastera dan Budaya)29.12.2002
Siswazah gembala kambingShahzaniUtusan Melayu29.12.1991
Fax Gembala Dan UntanyaA. Samad SaidWatan19.01.1991
Anak GembalaZahari AffandiMingguan Malaysia27.12.1988
Lagu Anak GembalaMenaz MasruBacaria26.05.1985
John menyamar jadi gembalaTiadaMingguan Famili21.09.1986
Kisah Raja Samudera jadi gembala ayamAripin SaidUtusan Malaysia11.06.1993
Tengku Ali Tengku Selat: gembala perniagaan Melayu (Ulama Nusantara)Wan Mohd. Shaghir AbdullahUtusan Malaysia29.11.2004
12

Kembali ke atas