Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.par] | ݢمڤر

Definisi : heboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini; menggemparkan, mempergemparkan ark 1. menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi; tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba­tiba: sidang ~; kegemparan 1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.par] | ݢمڤر

Definisi : riuh atau bising kerana sesuatu; kelam-kabut kerana rusuhan dll: Orang ramai yg sedang membeli-belah di pasar itu pun ~lah, semuanya lari bertempiaran. menggemparkan menyebabkan menjadi gempar: Berita itu telah ~ penduduk-penduduk kampung. tergempar dgn mendadak; dgn tiba-tiba: mesyuarat ~. kegemparan keadaan atau hal gempar; peristiwa yg menggemparkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempar


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gempar Di Kuala LumpurRamlee Awang MurshidMetro Ahad15.05.2002
Gempar di Lurah TebrauTalib SamatUtusan Melayu16.01.1998
Gempar cerpen plagiatRusma A. SUtusan Malaysia31.10.1983
GemparMalingunUtusan Zaman12.02.1969
Gempar Jebat, Kasturi duduk di balai laranganPak MatlobBerita Minggu14.07.1985
Gempar harimau jadian masuk kampung KerinciLubis, MochtarMingguan Malaysia26.06.1983
Penulis2 gempar oleh kenyataan pensharah 'seni perlukan pemikiran,'kata Idrus dari Angkatan 45TiadaBerita Minggu11.08.1963
Sidang GemparNor Azizul HarunWarta Perdana15.09.1996
Dunia gempar oleh Satanic VersesSaleh RahmadWatan18.02.1989
Sekampung gempar lagi (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia (Mega)23.01.2006
123

Kembali ke atas