Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[giat] | ݢيات

Definisi : I sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen; bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka; kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab; menggiat mengejek, mencemuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : rajin serta sungguh-sungguh membuat sesuatu; tangkas dan kuat; aktif: Anak-anak hendaklah dididik supaya ~ belajar. bergiat berusaha dgn sungguh-sunguh: Setelah tamat pengajiannya, ia ~ pula dlm lapangan politik. menggiatkan membangkitkan semangat supaya giat: Syarikat itu ~ orang-orang Melayu dlm lapangan perniagaan. mempergiat menjadikan lebih giat: Dia ~ usaha yg dijalankannya itu. kegiatan 1 hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2 usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[giat] | ݢيات

Definisi : kata(-kata) yg digunakan utk mengejek, mencemuh atau menyindir: Segala ~ dan cemuh tidak pernah dihiraukannya. menggiat mengeluarkan kata(-kata) utk mengejek; mencemuh; menyindir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giat


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Giat berlatih tarian untuk memasuki peraduanTiadaBerita Harian30.11.1974
Giat berlatih untuk masuk peraduanTiadaBerita Harian26.06.1976
Giat Budaya pentaskan teaterTiadaUtusan Malaysia05.04.1997
Giat menulis kerana kawan-kawanDamanfirdausUtusan Malaysia11.02.1995
DBP giat lakukan kajianistilah budaya masyarakat peribumi.TiadaUtusan Borneo19.11.2008
Perzim giat baik pulih muzium sasteraTiadaBerita Harian11.10.2008
UKM giat kumpul sejuta pantunTiadaKosmo07.12.2007
Anggun giat anjurkan kursus penulisan kreatifAkhbar:  Utusan Zaman13.08.2000
Usaha giat dijalankan untuk popularkan gendang kelingHambali Abd. LatiffBerita Harian25.02.1976
UKM giat terbit memoirRadzuan GhazaliUtusan Malaysia02.09.1995
12345678910...

Kembali ke atas