Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.lé/] | ݢوليق

Definisi : (golék) 1. guling; ~ para Kl sj permainan kanak-kanak (buah pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling); ayam ~ ayam yg dimasak atau dipanggang bulat-bulat (tidak dikerat-kerat); bantal ~ bantal guling (berbentuk bulat panjang); bola ~ judi dgn menggunakan bola yg digulingkan ke petak-petak yg bernombor; hantu ~ hantu yg berguling-guling di tanah; 2. Kd geleng (kepala); bergolek 1. berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; bergolek-golek 1. berbaring-baring; 2. = bergolekan berguling-guling; bergolekan berguling-guling; tergolek 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan datar prb Mn mendapat bahaya oleh perkara kecil; golekan hasil menggolek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lé/] | ݢوليق

Definisi : (golék) Jw patung (drpd kayu dll); wayang ~ wayang yg dimainkan dgn golek; ~ jonggol (jenggel) patung yg boleh duduk (tetapi tidak boleh berbaring). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lé/] | ݢوليق

Definisi : (golék); mangga ~ sj mangga yg besar dan manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lé/] | ݢوليق

Definisi : /golék/; bergolek 1 bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2 berbaring. menggolekkan 1 membuat supaya bergolek; menggulingkan. 2 menjadikan berbaring: ~ badan membaringkan badan. tergolek 1 jatuh berguling; terguling. 2 terletak berbaring; tergelimpang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golek


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Golek ParaMohd Amran DaudUtusan Zaman18.09.1994
Bapa Malaysia dalam kenanganJun GolekUtusan Melayu21.05.2007

Kembali ke atas