Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : (goréng) 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~ = minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak; menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak; menggorengkan menggoreng utk: “Emak, gorengkan saya sebiji telur”; gorengan sesuatu yg digoreng; penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekan ikan itu pd ~ supaya lekas masak;penggoreng 1. orang yg menggoreng: ~ mi; 2. alat yg digunakan utk menggoreng: kuali ~ ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : ; menggoreng memasak dlm kuali yg dibubuhi minyak atau tidak: ~ ikan. gorengan apa-apa yg digoreng; hasil drpd menggoreng. penggorengan 1 bekas tempat menggoreng. 2 perbuatan atau hal menggoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goreng

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
It's pisang goreng not goreng pisangNasir SulaimanSunday Star23.01.1994
Kebobrokan ekonomi terserlah dalam goreng dan kukus [pementasan Teater Goreng dan Kukus]Abdul Halim YaacobSiasah18.05.2008
Nasi Goreng Mak MidahMokhtar A. KWarta Mingguan26.09.1966
"Peraduan Nasi Goreng" meriakan Pesta Ria DBPKamariah AhmadUtusan Melayu16.09.1981
Kisah pisang goreng dan Perdana MenteriRahman ShaariBerita Minggu11.06.1987
Aku Anak Penjual Goreng PisangKhadijah HashimUtusan Malaysia07.03.1991
Menulis renchana tidak sa-mudah goreng pisang ...H. Mas'ud Rahmanutusan Malaysia23.03.1971
Hasilkan sebuah filem bukan macam goreng kacang putih- JinsPariza SaidinUtusan Melayu14.08.1983
Ungku Aziz jelaskan maksud "kilang kacang goreng" dalam kertaskerjanyaTiadaUtusan Malaysia06.08.1977
Penulis2 dari ibu kota makan ikan bakar dan ayam goreng di JohorPena MutiaraUtusan Zaman16.08.1987

Kembali ke atas