Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.tong] | ݢوتوڠ

Definisi : ; ~-royong tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersama-sama: sudah teradat bagi penduduk-penduduk desa itu bekerja ~-royong pd musim menuai padi; bergotong; ~-royong mengusahakan (mengerjakan) sesuatu bersama-sama: orang kampung ~-royong membina jambatan dan jalan-jalan kecil;menggotong membawa (sesuatu yg berat) bersama-sama orang lain (tidak seorang diri): ~ beras ke dlm kedai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.tong] | ݢوتوڠ

Definisi : ; gotong-royong sama-sama mengerjakan sesuatu; saling membantu ketika membuat sesuatu: Penduduk-penduduk kampung itu telah mendirikan sebuah masjid secara ~. bergotong-royong mengerjakan atau mengusahakan sesuatu bersama-sama: Mereka telah ~ membersihkan kawasan tanah perkuburan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gotong

Peribahasa

Ringan sama menjinjing,
     berat sama memikul.

Bermaksud :

Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gotong royong bersihkan kawasan baru Taman BudayaTiadaBerita Harian13.08.1973
Gotong-royong bersihkan kawasan baru taman budayaTiadaUtusan Melayu13.08.1973
Seniman gotong royong bersih bangunanTiadaBerita Harian25.04.1981
Ramai artis gotong royong bersihkan rumah SenimanMustafa A. RUtusan Malaysia27.04.1981
60 artis turutkan jayakan gerakan gotong royong bersihkan 'RumahSeniman'Mustafa A. RUtusan Malaysia24.04.1981

Kembali ke atas