Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : kayu yg lembut di antara kulit dgn teras; teras terunjam, ~ melayang prb penduduk bumiputera akan tetap tinggal di negerinya sedangkan orang asing akan keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : bongkah (tanah, batu, dll); ~ besi bongkah besi (besi yg belum ditempa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : ; menggubal membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan; tergubal terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu; penggubalan perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggubal;penggubal orang yg menggubal: ~ istilah; ~undang-undang orang yg menggubal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : ; menggubal menyusun undang-undang dgn memilih perkataan-perkataan yg sesuai: Mereka telah ~ perlembagaan itu selama setahun. penggubalan perbuatan atau hal menggubal undang-undang. penggubal orang yg menyusun undang-undang dgn menggunakan perkataan-perkataan yg sesuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : bongkah tanah, batu dsb: ~ besi bongkah besi; besi kasar (yg belum dikerjakan). menggubal mengetuk hujung besi, ribet dsb supaya berbentuk spt bongkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gubal


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gubal peraturan guna bahasaKadir Dikoh; Halim YusofBerita Harian28.02.1998
Gubal undang-undang kita dalam bahasa rasmiTiadaBerita Harian11.12.1984
Gubal bahasa utamakan istilah, perkataan tempatanAkhbar:  Utusan Malaysia01.11.2004
Seniman akan gubal undang-undang menubuh persatuan 8 Mac depanZain AyipBerita Harian04.02.1981
Sepatah kata: gubalTiadaUtusan Borneo07.03.1997
Pentas sokong gubal dasar pendidikan kebangsaanTiadaUtusan Melayu08.09.1990
Kerajaan disaran gubal dasar penerbitan buku ilmu pengetahuan tinggiTiadaMingguan Malaysia13.12.1987
Kerajaan akan gubal Dasar Teknologi Maklumat NegaraTiadaUtusan Malaysia18.03.1991
Persatuan Penulis alukan gubal undang-undang papan tandaTiadaUtusan Melayu25.12.1984
Fikirkan kedudukan Melayu sewaktu gubal dasar negaraUmar ZainUtusan Malaysia19.05.2009
12

Kembali ke atas