Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar; ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar; harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guruh

Puisi
 

Guruh dan petir penuba limbat,
     Pandan terjemur lindung bayang;
Dua tiga mencari ubat,
     Badan bertemu nan kok senang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harapkan guruh (= guntur) di langit,
     air tempayan ditumpahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
GuruhOthman PutehMingguan Malaysia01.12.1990
Guruh Di Langit Hujan Tak JadiMutalib HassanBacaria30.12.1984
GuruhOthman PutehMingguan Malaysia23.12.1990
Guruh BerdentumYahya SamahBacaria10.05.1984
Ketika Guruh BerbunyiJaafar HamdanUtusan Melayu22.10.1993
Lebih guruh dari hujanTiadaBerita Minggu20.07.1980
Menjelang guruhArza AbadiBerita Harian14.12.1990
Kerana guruh, relalah tempayan sendiri dipecahkan..Fadzil Haji AbdullahBerita Minggu04.10.1987
Sembilan Suara guruhAihrabBacaria30.06.1993
Mendung mengundang guruh (Salju Sakinah)Zaid AkhtarUtusan Malaysia (Mega)03.08.2005
12

Kembali ke atas