Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hai.ran] | حيران

Definisi : 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, me­ngagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdiri­lah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia ter­cengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihirau­kan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hai.ran] | حيران

Definisi : berasa pelik atau aneh kerana melihat atau mendengar sesuatu yg luar biasa; takjub: Saya ~ melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul berbagai-bagai bentuk. menghairankan me­nimbulkan rasa hairan; menakjubkan: Kepintaran budak itu bermain senjata ~ para penonton. kehairanan 1 = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hairan
1. Bersinonim dengan aneh
( ganjil, pelik, luar biasa, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kagum
( takjub, terpesona, terkejut, terperanjat, kaget, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghairankan, terhairan-hairan, kehairanan,

Puisi
 

Paya Sengeram batu berjari,
     Buah jering dalam petak;
Hairan sungguh hati kami,
     Lautan kering timbul katak.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagaimana tidak menggigit telunjuk,
     melihat air hujan turun keruh.

Bermaksud :

Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
hairan mengapa guna bahasa rojakShaari Isa, Dr.Utusan Malaysia30.01.2008
Hairan LPF lulus tayanganMohd Nasif BadruddinHarian Metro22.08.2007
Hairan bukan Melayu kurang fasih bahasa MalaysiaBudi HartonoUtusan Malaysia02.08.2007
Hairan mengapa Malaysia hadapi m,asalah budi bahasa-Utusan Malaysia05.07.2006
Hairan Zaman burukkan Pelita Sudut DungunAwang AbdullahMingguan Tempo09.01.1994
Hairan Scorpions boleh masuk: peraturan kita usah double standard -AzizRosmini MuhammedWarta Perdana06.10.1996
Hairan hampir setahun majalah belum terbitEF. MayaBerita Harian03.10.1973
Hairan keputusan BM merosotAkhbar:  Utusan Malaysia07.05.1986
Hairan teks bahasa Melayu tingkatan 4 diluluskanMunsyi DewanBerita Harian21.02.2003
Kenapa hairan kemampuan teman?Ismail AhmadBerita Harian03.07.1975
1234

Kembali ke atas