Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.kis] | هاکيس

Definisi : ; menghakis 1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg mene­gakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menye­babkan (kuasa, moral, keyakinan dsb) se­makin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai, harapan, keyakin­an dsb), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~; menghakiskan 1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yg sudah banyak ~ tanah di sekitarnya; 2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin ter­jejas, berkurang, merosot, hilang dsb: peng­ambilan untung selepas urus niaga ber­henti rehat pd tengah hari telah ~ keuntung­an terdahulu di BSKL; terhakis 1. dikikis dan dihanyutkan oleh air, angin, ombak dsb (bkn permukaan tanah, batu dsb): perdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah; kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar; 2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dsb): pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus se­makin meningkat; kedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan; hakisan perihal menjadi terhakis; penghakisan proses (perbuatan, tindakan dsb) menghakis atau menghakiskan: kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor persekitaran fizikal; keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kpd orang tua semakin ketara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kis] | هاکيس

Definisi : ; menghakis 1 mengikis dan menghanyutkan permukaan tanah, batu dll sehingga haus (oleh air, angin dll): Angin yg membawa pasir halus dpt ~ bahagian batu yg lembut. 2 menyebabkan keuntungan, kuasa, keyakinan dll semakin terjejas: Amalan rasuah yg berlaku akan ~ keyakinan pelabur. 3 ki menjadi kurang (bkn nilai, keyakinan dll): Apabila tindakan tidak diambil, keyakinan terhadap pihak berkuasa terus ~. terhakis sudah dihakis. hakisan hasil menghakis; tindakan menghakis. penghakisan proses atau perbuatan menghakis: Kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor. Kita mestilah berusaha agar ~ rasa hormat terhadap ibu bapa tidak berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakis
Kata Terbitan : menghakis, terhakis, hakisan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Teater hakis budaya negatifNurul Shima ShahminonUtusan Sarawak25.06.2008
Kerajaan tidak hakis kebebasan mahkamah - GhafarTiadaUtusan Malaysia28.04.1992
Globalisasi boleh hakis jati diri bangsaSalbiah AniBerita Harian19.11.1997
Benarkah kemajuan hakis kemanusiaan?Khalid SallehBerita Harian (Sastera dan Budaya)01.02.2005
Bahasa rojak hakis identiti budayaHassan OmarBerita Harian (Nasional)20.04.2004
Tiada niat hakis ciri-ciri SJK Cina, Tamil: TPMZulkofli Jamaludin; Nazura NgahBerita Harian02.08.2002
Pakatan Rakyat tidak hakis kuasa MelayuSalmiyah HarunHarakah16.04.2008
Embun-embun Telah HakisNajmiUtusan Melayu27.02.2005
Ideologi supra-nasional hakis semangat patriotismeSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)15.06.2001
WBS: Ulasan Cerpen: Erti kemerdekaan yang kian hakisMohidin MalekUtusan Sarawak29.10.2008

Kembali ke atas