Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1. berdampil (dgn seseorang), ber­damping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, per­hubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampai­kan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikut­nya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang men­dekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, men­dam­ping­­kan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1 tidak jauh; dekat; berdam­ping (dgn): Budak itu duduk ~ dgn ibunya. 2 sedikit lagi akan; cemas-cemas; nyaris: Pasukannya ~ tewas dlm pertandingan itu. ~ mati nyaris-nyaris mati. 3 tidak lama lagi; sekejap lagi: Kerja itu ~ siap. 4 kurang sedikit drpd (bkn masa, bilangan dll); dekat: Dia duduk di situ ~ setengah jam. ~ seratus orang tetamu hadir dlm majlis itu. hampir-hampir sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. berhampiran tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. menghampiri datang atau pergi berdekatan dgn; mendekati; merapati: Dgn hati yg berdebar-debar, dia ~ orang tua itu. menghampirkan meletakkan berhampiran dgn; mendekatkan; mendampingkan. perhampiran ist angka atau nombor yg paling hampir dgn angka lain: 32.65 ialah ~ yg lebih baik drpd 32.70 ke 32.653. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
"Utusan Melayu" hampir-hampir dieja sebagai "Atusan MelayuZabhaUtusan Melayu20.08.1981
Hampir Kena Tangkap-Berita Harian21.12.2006
Hampir setahun karya Rejab di bakul sampahMohd Isnin TawafMingguan wanita25.04.1983
Hampir semua jawatan DPMP dicabarTiadaUtusan Melayu29.10.1991
Hampir semua 40 penerbit filem bumiputera gulung tikarTiadaUtusan Melayu21.05.1985
Hampir 100 peminat seni puisi hadiri kem puisiTiadaBerita Harian29.11.1983
Hampir 50 usul dibuat dalam konvensyen pendidikanTiadaUtusan Malaysia19.12.1984
Hampir semua daerah tamatkan pesta PantunTiadaBerita Harian09.06.1993
Hampir semua sekolah laksana bahasa bakuTiadaUtusan Malaysia19.04.1988
Hampir semua sekolah mula gunakan bahasa Malaysia bakuTiadaUtusan Melayu19.04.1988
123456789

Kembali ke atas