Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~; 2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keada­an yg ~; 3. not-not muzik dlm sesuatu kod; 4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan 1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka; 2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1 persesuaian (pendapat, sikap, perasaan dll). 2 gabungan benda atau warna yg menyenangkan dan memuaskan. 3 gabungan bunyi atau suara yg sedap didengar pd muzik atau nyanyian. 4 dlm keadaan yg bersesuaian; selaras; sesuai: Susunan perabot di rumah itu ~ sekali. Lagu itu disampaikan dlm irama yg ~. 5 baik dan damai dlm pertalian persahabatan atau dlm hubungan suami isteri; rukun: Mereka sekeluarga hidup dlm keadaan yg ~. berharmoni ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. mengharmonikan menjadikan harmoni. keharmonian keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. pengharmonian usaha atau perbuatan mengharmonikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harmoni (adjektif)
1. Dalam konteks suara, nada,
bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,

2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,

Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
HarmoniKemalaBerita Minggu21.01.1968
Harmoni sentiasa wujud di MalaysiaHaji Saring SirajBewrita Harian17.11.1990
Harmoni sertai Josal RekodSaodah IsmailBerita Harian23.08.1983
Harmoni Kasih : Sesuai Untuk Remaja CekalAziz TalibBacaria15.03.1997
Harmoni rakam 'Nyanyian Ombak'JuwieBerita Harian04.09.1982
Harmoni dan meriah...di Anugerah Puisi Putra IIHasni FalinaMingguan Wanita27.04.1984
Hidup HarmoniTiadaUtusan Zaman12.05.1985
Kumpulan Harmoni popularkan puisi menerusi lagu2Fariza Haji SaidinUtusan Malaysia19.08.1981
Hidup HarmoniAbdul Halim RBerita Minggu05.08.2001
Pelihara harmoni elak peperanganHassan Omar; Norzilawati SidekBerita Harian10.02.2004
123

Kembali ke atas