Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepen­tingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan ke­kurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan me­ma­kai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah di­haruskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,

Puisi
 

Kalau begini rupanya padi,
     Harus juga condong ke barat;
Kalau begini rasanya hati,
     Harus juga akan melarat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kaki tertarung inai padahannya,
     mulut terdorong emas padahannya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Harus kah aku terimaDihsarludbaHarian Ekspres19.04.2009
Harus telah sedarFaiza Nur AbdullahNew Sabah Times09.12.2008
Harus berubah (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia02.07.2007
Harus dipaksa membangun ekonomi yang berbentuk: revolusi sosial yangbersifat separuh ketenteraanTiadaUtusan Zaman23.08.1964
Harus hati2 bila menterjemah ungkapan bahasa InggerisAdibah AminBerita Harian24.02.1982
Harus dimulai dari sekolah dasarTiadaKompas27.10.1996
Harus-kah pemuda pemudi berpolitik?Salleh Haji YusofMingguan Malaysia17.01.1965
'Harus insaf tentang mati' - Sani sudinTiadaBacaria16.03.1988
Harus Engkau MengertiZam IsmailUtusan Zaman01.10.1970
RTM harus angkat karya sasteraAbd Aziz ItarUtusan Malaysia14.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas