Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ba] | هيبا

Definisi : belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu: semua orang ~ melihat budak-budak itu menangis memanggil ibunya; berhiba = ~ hati dirundung perasaan hiba: sudah berminggu-minggu dia ~ hati; berhiba-hiba menimbulkan rasa belas kasih­an, merawankan hati: ia menjawab dgn suara ~; menghibai menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani; menghibakan 1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, meng­haru­kan) hati: suaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba (terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yg baik; kehibaan; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa keba­karan rumahnya; penghiba orang yg (mudah) selalu berhiba hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ba] | هيبا

Definisi : sedih atau pilu (terhadap seseorang yg kemalangan dll); belas dan kasihan; terharu: Maka ~ hati sesiapa saja yg melihat anak-anak yatim piatu itu. berhiba, = ~ hati bersedih atau berperasaan hiba: Dia ~ atas kemalangan yg me­nimpa sahabatnya itu. menghibai berasa hiba atau sedih hati terhadap sesuatu; me­ngasihani: Tidak perlu kita ~ nasib budak itu, ia telah mendapat tempat yg baik. menghibakan menimbulkan atau mendatangkan rasa hiba; mengharukan; menyedihkan: Ratap tangisnya ~ hati. kehibaan, = ~ hati perasaan sedih atau pilu: Dia tidak dpt menghilangkan ~ hatinya apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hiba
Rujuk :sedih

Puisi
 

Kalau tuan menanam betik,
     Siram dengan air sejuk;
Jangan hiba bunga yang cantik,
     Nanti tuan turut telunjuk.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hiba bahasa Malaysia terus diperlekehGhazali Z AbidinUtusan Malaysia14.09.2007
HibaM. ShahMingguan Utara14.08.1994
Ada hiba di sebalik tawaWanda IdrisMingguan Malaysia04.05.2008
Nelayan HibaRamlah RadiBerita Harian (Sastera dan Budaya)09.08.2000
Babak HibaSaid AmbarSabah Times16.01.1994
Suasana hiba di upacara Perasmian "Oditorium P. Ramlee" hadirin turutmenangisRamnah YassinUtusan Melayu27.07.1973
Puisi Hiba Sepasang RemajaMegamutiaraBerita Minggu04.09.1994
Sayu dan hiba menuju ke Tanjung MalimAwang Had SallehUtusan Malaysia24.10.1990
Masa berhiba-hiba sudah tak ketarallias ZaidiBerita Minggu26.01.1975
Suara sepi hiba kritis penyair kitaAhmad Kamal AbdullahBerita Minggu14.12.1980
12

Kembali ke atas