Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dup] | هيدوڤ

Definisi : 1 bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2 tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3 berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4 (masih) bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5 mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1 benar-benar hi­dup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1 segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2 = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu) yg diternak; binatang yg dipelihara. ~ seni hidupan yg sangat kecil yg terbentuk drpd satu atau beberapa sel, yg dpt dilihat hanya melalui mikroskop, mis bakteria dan protozoa. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin, yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Puisi
 

Orang buat tikar pandan berduri,
     Jangan buat pandan mengkuang;
Kita hidup sedarkan diri,
     Jangan hidup dibenci orang.


Lihat selanjutnya...(113)
Peribahasa

Seperti kambing dikuliti hidup-hidup.

Bermaksud :

Kesakitan yang amat sangat; dalam keadaan yang amat sukar.

 

Lihat selanjutnya...(107)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Aduhai Hidup, Hidup DuriAmin ShuhadaHarakah29.10.1993
Raja Seganang Perintahkan Puteri Kayangan Dibakar Hidup-hidupAripin SaidUtusan Zaman11.12.1983
Hidup membaca hidup bahagiaTiadaThe Star27.07.1984
Hidup membaca hidup bahagiaTiadaUtusan Malaysia25.07.1984
Hidup Oh HidupIbrahim OmarUtusan Zaman23.02.1992
Hidup Dalam HidupSuriaUtusan Zaman01.11.1983
Bangsa hidup, jika bahasa-nya hidupMustapha Kamil YassinBerita Harian02.02.1960
Merokok bagi Sabar Hidup merupakan satu beban hidup-Utusan Malaysia01.11.1982
Hidup itu adalah DiaHiellony @ Jinggu ThomasNew Sabah times24.02.2008
HidupRafique Adi Putra IskandarSinar Harian27.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas