Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung (kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada; menghisab menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dan dihi­tunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat; menghisabkan mempedulikan, menghi­rau­kan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Beli­damani, dirempuhnya juga; terhisab, terhisabkan masuk dlm hitung­an, terhitung, terkira: maka tiadalah ~ lagi banyaknya; penghisaban perbuatan atau hal menghisab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bkn kira-mengira atau perkiraan. ilmu ~ ilmu dlm hal kira-mengira. 2 kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar. menghisab mengira atau menghitung utk mencari jawapannya; membuat perkiraan (terhadap): Maka dihisab dan dihitung segala kebaikan dan kejahatan mereka. menghisabkan memberikan perkira­an terhadap; menghiraukan: Murid yg baik tentu ~ nasihat guru dan ibu bapanya. terhisab dpt dikira atau dihitung; terkira; terhitung (jumlahnya dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hisab
Rujuk :hitung


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hisab Moden: kaji dan pastikan anda faham betul2 semua istilahnyaAdibah AminBerita Harian25.09.1979
Ilmu HisabAdibah AminBerita Harian08.11.1979
Yaumul HisabMaznie LieBorneo Mail05.11.1993
Ilmu HisabAdibah AminBerita Harian09.10.1980
Kertas ilmu hisabAdibah AminBerita Harian16.11.1981
Rindukan Sebuah KedamaianAwang Hisab AhmadBorneo Mail04.10.1996
Kitalah Puncanya (buat saudara Zahari Hisab)Ismail RestuUtusan Melayu (Mingguan)11.07.2004
Sheikh Ahmad Al-Fathani dan ilmu hisabWan Mohd Shaghir Abdullah [Allahyarham]Utusan Malaysia28.07.2008
Rumusan seminar 3M: Adakan kursus asas hisab, Inggeris dalam pelajaranelektifTiadaUtusan Malaysia04.04.1981
Cerita adventure dari unsur-unsur sains, ilmu hisab dan bahasaGhazali NgahUtusan Malaysia24.09.1977

Kembali ke atas