Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ba.ya.hu.ba.ya] | هوباي٢

Definisi : sl 1. kata utk memperteguh nasihat (tegahan, teguran, dll), tidak boleh tidak, sekali-kali: ~ yg kata hamba ini jangan tidak diturut supaya saudara hamba sukacita dan sentosa; 2. sl kata utk menguatkan ha­rap­an atau doa, hendaknya, mudah-mudahan: marilah kita berdoa kpd Allah ~ janganlah datang lagi bala itu; 3. lebih-lebih lagi, terlebih lagi, tambahan lagi, terutama lagi (pula): akan tetapi lama-kelamaan ~ setelah didengarnya sindiran ibunya sendiri yg tajam-tajam lagi, ia pun insaf akan dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ba.ya.hu.ba.ya] | هوباي٢

Definisi : 1 ambil perhatian; awas-awas; jaga-jaga: ~ supaya tidak terbeli barang yg palsu. 2 mudah-mudahan; moga-moga: ~ Allah akan melimpahkan rahmat kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hubaya-hubaya (kata tugas,)
Bahasa Asal :sastera lama
1. Bersinonim dengan sekali-kali: tidak boleh tidak

2. Bersinonim dengan mudah-mudahan: hendaknya, semoga, moga-moga, agar,

3. Bersinonim dengan lebih-lebih lagi: terlebih lagi, tambahan lagi, terutama lagi, terutama pula.,



Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hubaya-hubaya pemimpin-pemimpin yang kecewaYahya IsmailMingguan Kota07.05.1989

Kembali ke atas