Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ma] | هوما

Definisi : 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya); berhuma 1. mempunyai huma; 2. mengerja­kan huma, bercucuk tanam di huma: adalah pd masa itu segala rakyat dlm kesukaran kerana tengah ~; dikatakan ~ lebar, sesapan di halaman prb memegahkan kekayaan dll tetapi tidak ada bukti kekayaannya dll; memperhumai mengerjakan tanah utk di­buat huma: mereka ~ tanah di bukit itu; perhumaan 1. perihal mengerjakan huma (tanam-menanam di huma): ~ terpaksa dijalankan kerana hujan yg sedikit itu; 2. tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ma] | هوما

Definisi : tanah kering yg ditanami padi; ladang padi; tanah hutan yg baru d­itebang atau ditebas utk bercucuk tanam. berhuma menanam padi di huma; bercucuk tanam di huma: Sekarang ini, orang-orang yg ~ tidak banyak lagi. perhumaan 1 tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. 2 perbuatan (hal dll) berhuma atau mengerjakan huma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huma
Rujuk :tani

Puisi
 

Pergi ke huma mencari capa,
     Capa ada di pokok inai;
Sudah lama tidak berjumpa,
     Rasa abang macam tak kenal.


Lihat selanjutnya...(20)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Huma Jadi PenontonA.SalamUtusan Zaman19.06.1983
Kenangan Gadis HumaZaleha IbrahimUtusan Zaman17.04.1994
Bantuan Dari Raja Huma Untuk Tentang Raja KiriZubima F. AUtusan Zaman08.07.1984
Utusan Dari Raja HumaZubima F. AUtusan Zaman03.05.1984
Atiah Tiada Di-humaM. FardaBerita Minggu01.10.1968
Atiah Tiada Di-humaM. FardaBerita Minggu06.10.1968
Atiah Tiada Di-humaM. FardaBerita Minggu06.10.1968
Negeri Titiwangsa Diperintah Raja HumaZubima F. AUtusan Zaman10.06.1984
Puter Raja Kiri Mengadap Raja HumaZubima F. AUtusan Zaman24.06.1984

Kembali ke atas