[i.ja.zah] | اجازه
Definisi : 1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen; ~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang; berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi; pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[i.ja.zah] | اجازه
Definisi : 1 surat akuan sbg tanda lulus atau tanda tamat belajar dr sesebuah universiti: Tidak lama lagi, dia akan pulang membawa ~ PhD dr London. 2 kebenaran utk melakukan sesuatu; izin. berijazah mempunyai ijazah; sudah mendapat ijazah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)