Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib); berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhtiar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan daya, upaya, usaha, jalan, akal;,
Kata Terbitan : berikhtiar, mengikhtiarkan,

Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ikhtiar-ikhtiar nak hidupPak SakoWatan06.12.1988
Ikhtiar-ikhtiar hendak memajukan penduduk luar bandarPak SakoUtusan Zaman06.10.1985
Ikhtiar UMNO untuk menyegerakan tamat daruratZabhaUtusan Melayu24.09.1987
Ikhtiar jika ikan kampong terus melambongAzah AzizUtusan Zaman12.12.1976
Ikhtiar UMNO dalam masa daruratZabhaUtusan Melayu24.03.1988
Ikhtiar selagi terdaya (Salju Sakinah)Zaid AkhtarUtusan Malaysia (Mega)08.08.2005
Cari ikhtiar (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia11.04.2007
Dialog selatan: ikhtiar wujudkan kesedaran tanggungjawabAmelia HashimMingguan Watan04.02.1996
Festival Pantun 1995: ikhtiar kembalikan kegemilangan tradisi pantunLim Swee TinMingguan Watan15.10.1995
Malam Puisi Anak Seni: ikhtiar memasyarakatkan puisiBudi AnugerahMingguan Watan21.05.1995

Kembali ke atas