Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ik.lim] | اقليم

Definisi : 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ik.lim] | اقليم

Definisi : keadaan cuaca (hujan, suhu, angin dsb) yg biasa di sesuatu tempat: ~ di negara kita ini panas dan lembap. ~ kebenuaan iklim di pedalaman benua yg mempunyai ciri-ciri spt bezantara suhu yg besar, hujan yg kurang dan anginnya kering. ~ khatulistiwa iklim di kawasan khatulistiwa (antara garisan lintang 0o hingga 10o utara dan selatan garisan khatulistiwa) yg mempunyai ciri-ciri spt bezantara suhunya 1oC hingga 2oC, anginnya tenang dan hujan yg lebat turun sepanjang tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklim (kata nama)
1. Bersinonim dengan cuaca: hawa, udara, suhu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan suasana, keadaan.,



Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
IklimBadrila AbdullahMingguan Tempo02.01.1994
Iklim drama mutakhirMan SikanaBerita Harian11.02.1975
Iklim pengaruhi rekabentuk bangunanNik Azmi Nik DaudUtusan Malaysia27.03.1987
Pergeseran iklim antara penyair kota dan luarnyaTiadaBerita Harian29.01.1983
Penggredan IPT perintis iklim baru pendidikan?PTOBerita Harian05.02.1997

Kembali ke atas