Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mam] | امام

Definisi : Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mam] | امام

Definisi : 1 orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2 orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imam
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Memukul itik di tepi kota,
     Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagi berdosa,
     Bertambah lagi kita yang jahil.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Imam-imam wajar baca "Imam"Zainol IdrisUtusan Zaman12.05.1996
Imam Tua Imam MudaOsman DolMingguan Islam15.08.1986
Pak imam wajar baca "Imam"Zain al-IdrisUtusan Melayu01.12.1995
Imam pertama Masjid Jamek Sabang BaratWan Mohd Shaghir Abdullah [Allahyarham]Utusan Malaysia22.09.2008
Imam Ishak Rawa perintis dokumentasi ulama RawaWan Mohd. Shaghir AbdullahUtusan Malaysia02.04.2007
ImamAhmad ShaariUtusan Zaman22.10.1989
Imam DulkukBaharuddin KaharUtusan Zaman18.06.1995
"Imam" daripada pelbagai tafsiranTalib SamatUtusan Zaman21.04.1996
Imam Al-Ghazali dan falsafahTiadaUtusan Melayu09.10.1996
'Imam' dari sudut pemikirabn sosial Ali ShariatiMohd. Yusop TaibUtusan Zaman25.06.1996
12345678910...

Kembali ke atas