Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.de.ra] | ايندرا

Definisi : 1. = Betara I~ dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu); 2. sl sj dewa-dewa yg kurang tinggi martabatnya: beroleh selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana raja-raja di atas kayangan, mambang dewa, cendera dan ~; 3. sl raja atau kerajaan; mahkota ~ mahkota raja; pulau ~ pulau tempat tinggal raja-raja; Pulau I~ Sakti sebuah pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri Perak); 4. gelaran orang besar-besar negeri; Dato’ Maharaja I~ gelaran orang besar-besar negeri Perak; keinderaan inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.de.ra] | ايندرا

Definisi : 1 roh yg dipercayai menguasai alam dan manusia (dr pandangan orang Hindu); dewa. 2 raja yg berkuasa; yg amat mulia: mahkota ~ mahkota raja. 3 gelaran kehormatan utk orang-orang besar negeri: Orang Kaya ~ Pahlawan. 4 rupa atau bentuk. menginderakan menjadikan berupa; memberi bentuk: Allah menjadikan suatu makhluk yg tidak boleh diinderakan, iaitu malaikat. keinderaan tempat segala dewa kayangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indera

Puisi
 

Pakai sepatu Indera Bangsawan,
     Sayang pak imam pergi ke kota;
Jangan begitu wahai kawan,
     Teguhkan iman di dalam dada.


Lihat selanjutnya...(7)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dewa Indera, Indera Dewa bertarungZainal BaharumBerita Minggu (Sastera dan Budaya)27.10.2002
Indera Purnama menjadi patung emasTiadaMingguan Famili17.05.1987
Indera Putera terbang ke kayanganChe Wa HussainMingguan Wanita20.09.1985
Indera Kayangan - Jubli Emas TuankuA. Rahim AbdullahBerita Minggu03.12.1995
'Indera' antologi sulung hasil kegiatan 3PMusstaffa AhmadMingguan Malaysia15.01.1984
"Indera Bangsawan" dijayakan oleh persatuan seni bangsawanTiadaUtusan Melayu04.08.1982
Indera Kayangan IINasir AliBerita Harian20.04.1990
Indera dihasilkan oleh sebelas penulisRahman ShaariBacaria25.10.1984
Kota Indera Kayangan terbit majalah "Nada 3P"Zam ZakariaUtusan Zaman02.12.1973
Raja Indera Sari diserang lutungTiadaMingguan Famili09.11.1986
123

Kembali ke atas