Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.du/] | ايندوق

Definisi : Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan; ~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang); berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah; perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.du/] | ايندوق

Definisi : 1 ibu (terutamanya kpd binatang); emak: ~ ayam ayam betina yg telah mempunyai anak. 2 ki yg paling besar; yg terutama; yg paling penting: kapal ~ kapal perang yg besar yg mengangkut kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
induk (kata nama,)
Bahasa Asal :Minangkabau
1. Dalam konteks bincang
bersinonim dengan ibu, indung,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan asal, punca, pokok,

Kata Terbitan : perinduk, seperinduk,

Peribahasa

Bagai menggelikan induk ayam.

Bermaksud :

Memberanikan orang penakut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Induk Bijih MengamukDharmala N. SUtusan Zaman11.07.1972
Induk Bijih MengamukDharmala N. SUtusan Zaman11.06.1972
Induk BabiMena BudiUtusan Zaman02.09.1973
Induk Bijih MengamukDharmala N. SUtusan Zaman01.06.1972
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan-Utusan Malaysia17.01.2007
Kampus induk ITM, TAR disyor jadi UniversitiTiadaUtusan Zaman09.04.1989
Pelan induk bahasa Malaysia perlu untuk atasi cabaranTiadaUtusan Malaysia11.12.1984
Pelan induk tindakan bersepadu dirancangTiadaWatan24.08.1995
Badan induk terbit karya klasik ditubuhJohardy IbrahimUtusan Malaysia31.01.1996
Jawatankuasa induk untuk reformasi pendidikan ditubuh - Awang HadTiadaMingguan Malaysia19.02.1989
12

Kembali ke atas