Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ras] | ايرس

Definisi : asal drpd satu bahan dan tidak bersambung: jenis keris Majapahit yg mempunyai hulu dan mata seiras; keris ganja ~ keris sepukal (keris yg hulu dan matanya dibuat drpd besi yg satu); mengiras merupakan satu (bukan bersam­bung drpd dua atau tiga bahan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : Mn; seiras, iras-iras hampir serupa (dgn), hampir semacam atau sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir serupa dgn, mirip kpd; mengiras-iras menyerupai, mirip; mengiras-irasi menyama-nyamakan, membanding-bandingkan rupa orang (muka dll); keirasan sifat (ciri-ciri dsb) yg hampir serupa dgn atau mirip kpd sesuatu: ada ~ dgn konsep heroisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : ; irasan seni batik kain yg dijadikan dasar tekatan atau sulaman (kain baldu utk tekatan manakala kain kapas, kasa, sutera utk sulaman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : ; seiras serupa atau hampir serupa (mukanya): Mukanya ~ muka Mat Kilau. mengiras-irasi sama dgn; menyerupai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iras
Bahasa Asal :Minangkabau
Rujuk :mirip


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pantai Serasa Sudah MatiIras RanizaMedia Permata23.06.1994
Adat Pepatih sebahagian daripada hak ketuanan dan hak istimewa MelayuGanja IrasHarian Kota29.08.1986

Kembali ke atas