Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.bat] | جابت

Definisi : ; sejabat sepekerjaan: teman ~; berjabat = berjabat tangan; menjabat 1. = menjabat tangan meme­gang; 2. Id memegang sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua tahun; jabatan 1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan, pentadbiran, organisasi, dll), jawatan: menteri itu telah meletakkan ~nya; 3. Id tugas (dlm ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab), fungsi: imbuhan mempunyai ~ tertentu dlm tatabahasa; berjabatan Id mempunyai (memegang) ja­wat­an, berjawatan; penjabatan jabatan; penjabat Id 1. pegawai dll yg memegang sesuatu jawatan, pemegang jawatan; 2. orang yg mengerjakan pekerjaan (atau memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu jawatan); pejabat 1. bangunan (ruang, bilik, dsb) tempat bekerja atau tempat diselenggarakan pelbagai urusan: ~ syarikat itu di tingkat tiga bangunan tersebut; ~ pos; budak ~ penye­lenggara pejabat, peon; ibu ~ pusat pen­tad­biran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2. Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg me­megang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.bat] | جابت

Definisi : ; berjabat; ~ tangan (salam) saling berpegang tangan dgn tertib yg tertentu (utk menghormati); bersalam: Mereka pun ~ tangan dan bertegur sapa. menjabat 1 memegang sesuatu: ~ kemudi. 2 memegang atau melakukan sesuatu pekerjaan; menjawat: Ia ~ pekerjaan itu selama sepuluh tahun. jabatan bahagian drpd sesuatu badan pentadbiran kerajaan (universiti dll): ~ Perdana Menteri; ~ Pengajian Melayu. penjabat orang yg memegang jawatan penting; pemegang jawatan. pejabat tempat bekerja: Dia selalu sampai di ~ pd pukul 7.45 pagi. sejabat sama pekerjaannya; sejawat: teman ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jabat
Kata Terbitan : sejabat, berjabat,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
JabatJaafar WahidBerita Minggu07.01.1990
JabatJaafar WahidBerita Minggu01.01.1990
Tersingkaplah tabir hidupJabat TrumanNew Sabah Times11.03.2008
Satu mimpiRosmil JabatNew Sabah Times20.01.2009
Dakapan MentariRosmil JabatNew Sabah Times27.05.2008
Pasca Suara HatiRosmil JabatNew Sabah Times27.05.2008
Melepasi era warisanJ. Truman JabatNew Sabah times10.08.2008
Perdana Menteri - Fadzil sepakatAstora JabatUtusan Malaysia10.05.2002
Kassim tidak anti hadisAstora JabatUtusan Malaysia (Agama)15.06.2001
Singkir diminta lalu datangJ Truman JabatNew Sabah Times20.01.2009

Kembali ke atas