[ja.dual] | جدوال
Definisi : 1 susunan acara mengikut masa yg ditentukan: Mengikut ~nya, perbarisan itu akan dimulakan pd pukul 8.00 pagi. ~ waktu susunan perkara (pelajaran di sekolah dll) mengikut waktunya. 2 senarai nama (orang, barang dll) yg ditulis bersusun satu-satu; daftar. menjadualkan 1 menentukan waktu utk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)