Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hat] | جاهت

Definisi : buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg bu­ruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat se­kalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup me­makan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Ben­dahara; menjahati melakukan perbuatan jahat ter­hadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. mem­fitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menye­babkan (me­nim­bulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hat] | جاهت

Definisi : tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lagakan jahat dengan jahatTiadaBacaria16.09.1987
Papa Jahat ke Dewan NegaraTiadaKosmo08.05.2007
Orang jahat buat heboh kena belasahTiadaUtusan Zaman08.12.1985
Pelakun jahat dalam kongresTiadaMingguan Malaysia22.08.1971
Jaringan jahat media Barat terhadap negaraMohd Taib OsmanBerita Harian17.05.1995
Niat jahat segolongan orang didedahTiadaBintang Timur16.08.1977
Ombak JahatSalina IbrahimUtusan Melayu20.03.2005
Siapa 'jahat' siapa pula 'nakal'?Bambang S.M. SaidHarian Metro20.10.2003
Reda kalau Papa Jahat digamSahlizah MohamedKosmo10.05.2007
Bapamu Ini Orang JahatMohd Azli Lee AbdullahMingguan Malaysia26.11.2006
123

Kembali ke atas