Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.min] | جامين

Definisi : 1. = jaminan cagaran, tanggungan; surat ~ surat yg menyatakan jaminan atas seseorang atau sesuatu; wang ~ wang yg dibayar kpd pihak tertentu utk menjamin seseorang; 2. = penjamin; menjamin 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi ke­wajibannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah di­jamin oleh abangnya; 2. menanggung ke­selamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia? terjamin tertanggung (keselamatan dll), terjaga: setelah mendapat pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~; jaminan 1. akuan menjamin, kesediaan me­nanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tang­gungan; ~ bank (Eko) jaminan yg di­berikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg di­jamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jamin­an yg diberikan oleh pihak insurans utk mem­berikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah di­jadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat; keterjaminan keadaan terjamin: utk me­mastikan ~ masa depan parti ini, perlulah kita bersatu teguh; penjaminan perbuatan menjamin; penjamin 1. orang yg sanggup menjaga (menanggung) keselamatan orang lain; 2. orang yg sanggup memenuhi kewajiban (mem­­bayar hutang dll) orang lain apabila orang itu tidak dapat menepati janjinya; 3. orang yg menjanjikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.min] | جامين

Definisi : ; menjamin 1 berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2 menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3 menanggung keperluan sehari-hari (makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian. terjamin dpt dipastikan (baik, selamat, berkekalan dll); tertanggung: Mutu barang ini tidak ~. jaminan akuan menjamin; tanggungan. penjamin orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamin
Kata Terbitan : menjamin, terjamin, jaminan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jamin kemajuan tamadun Melayu: mesti sanggup berubahHishamuddin Aun, Zaini ZainuddinBerita Harian16.08.1989
Jamin bekalan cukupTiadaHarian Watan29.11.1997
PPK jamin kedaulatan bahasa Melayu-Utusan Malaysia29.06.2006
DBP jamin buku teks sekolah-sekolah rendah cukupTiadaUtusan Malaysia05.01.1978
DBP jamin kesilapan tidak berulangSalbiah AniBerita Harian13.06.1996
DBP jamin bekalan buku teks cukupTiadaWatan27.07.1996
DBP jamin buku teks cukupTiadaBerita Harian30.11.1996
DBP jamin buku teks cukupTiadaBerita Harian27.07.1996
DBP jamin bekalan buku teks mencukupiTiadaUtusan Malaysia30.11.1996
Aziz jamin SKU DBP pasti capai matlamatRudy Sham Ab RaofBerita Harian24.04.1997
123456

Kembali ke atas