Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.ka] | جڠک

Definisi : 1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dll); ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat jangka masa atau tempoh hidup se­seorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~ tekanan alat utk me­nyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas alat utk menyukat tekanan gas, mano­meter; ~ tinggi alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan me­nentukan jarak jauh; ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hid­rometer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (had­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : harapan, niat, tujuan: ~ teman makan anak-beranak lepaslah; menjangka mengharapkan: dia mencuba menenangkan fikirannya itu dgn berbagai-bagai alasan yg dijangka dapat memujuk hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : 1 alat utk memotong daun mengkuang supaya menjadi jalur-jalur kecil. 2 alat utk menyukat atau utk mengukur sesuatu. ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi. ~ cahaya alat utk menyukat kekuatan cahaya; fotometer. ~ galvani alat utk mengesan dan menyukat arus elektrik; galvanometer. ~ kalori alat utk menyukat haba (yg dihasilkan oleh bahan tertentu akibat drpd sesuatu tindak balas dsb); kalorimeter. ~ laju alat utk menyukat lajunya perjalanan sesebuah kenderaan (spt dlm kiraan kilometer per jam). ~ lembap alat utk menyukat wap air dlm udara; higrometer. ~ lukis alat berkaki dua yg dpt dilebarkan atau disempitkan utk membuat bulatan atau utk mengukur jarak pd peta. ~ sudut alat utk menyukat atau melukis sudut; protraktor. ~ suhu alat utk menyukat suhu; termometer. ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair. menjangka 1 memotong (daun mengkuang) dgn jangka. 2 mengukur dgn jangka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : 1 masa (ukuran, ruang) yg telah ditentukan lamanya (panjangnya, luasnya dsb): Dlm ~ enam bulan, rumah itu akan siap. 2 tingkat atau had masa (dlm sesuatu usaha, peristiwa dsb): ~ panjang dlm tingkat atau had masa yg panjang (lama); ~ pendek dlm tingkat atau had masa yg pendek (singkat). menjangka 1 menentukan lama waktu atau apa-apa yg hendak dilakukan: Dia ~ buku itu akan siap dlm masa dua minggu lagi. 2 menduga; menyangka: Saya telah ~ hal ini akan terjadi. jangkaan apa-apa yg dijangka; dugaan; sangkaan: Kemenangan ini di luar ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
DBP jangka siapkan kamus terbesar tahun depanTiadaUtusan Malaysia28.05.1985
DBP jangka terjemah 15,000 bukuTiadaBerita Harian08.08.1994
Kursus jangka pendek Rimbun SeniAkhbar:  Utusan Malaysia04.03.2004
Kursus jangka pendek Rimbun SeniAkhbar:  Utusan Malaysia01.03.2004
Kursus jangka pendek Rimbun SeniAkhbar:  Berita Harian28.02.2004
Berjimat untuk jangka panjangAbdullah TahirBacaria24.12.1986
Globel Skop jangka jualan komputer jawi capai $2.4 jutaTiadaUtusan Melayu05.08.1992
Isu PPSMI umpama bom jangka masyarakatMuhamad Affandi Abdul MalikSinar Harian24.03.2009
IPBA tawar 40 kursus jangka pendek tahun iniSyuhada Choo AbdullahBerita Harian09.01.2007
Peraduan tulis skrip drama jangka panjangTiadaBerita Harian04.02.1983
12

Kembali ke atas