Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~ pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih belum ~ lagi; menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun; terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; jawaban, jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; penjawab orang yg menjawab: sepuluh soal­an yg meminta ~ mengenal jenis-jenis kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil, disoal dll; sahut: Apabila disoal, kamu hendaklah memberikan ~nya. berjawab ada jawabnya; berbalas: Soalan itu tidak ~ kerana ia sudah mula menangis. menjawab membalas pertanyaan (surat dll); menyahut: Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. jawapan apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau dipanggil dia menyahut,
     bila dilihat dia bersuara.

Bermaksud :

Jawab yang benar dan tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jawab soalan dengan tepat, elak guna bahasa daerahIbrahim Nyak PutehBerita Harian21.07.1984
Jawab serangan Nahmar JamilRahman ShaariMingguan Timur16.04.1978
Gapena jawab F.IIsmial HusseinMingguan Malaysia28.05.2006
Gapena jawab AziziIsmail HusseinMingguan Malaysia30.04.2006
Azizi jawab Affandi HassanAzizi Hj AbdullahMingguan Malaysia10.09.2006
Buku jawab tulisan Shahnon Ahmad dilancarAkhbar:  Berita Harian22.10.2001
Memoir jawab tohmahanSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)14.01.2002
Moharani jawab tuduhan Zahmy: pertelagahan Pelita daerah DungunTiadaBacaria16.04.1994
Nahmar jawab laporan Othman Puteh: akidah dan pencemarannya jadi temaNahmar JamilMingguan Tanahair17.06.1982
Tanggong-jawab penulis NasionalUsman AwangBerita Harian01.04.1962
12345678910...

Kembali ke atas