Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; sejemput sebanyak yg dapat di­ambil dgn hujung jari, secekut: dia meng­ambil ~ tembakau; jemput-jemput 1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); menjemput 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu; jemputan hasil drpd menjemput (men­cekut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; berjemput disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~; menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri ber­khatam pengajian; 3. Mn mengambil se­seorang utk dijadikan menantu: jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu; perjemputan perihal menjemput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; menjemput 1 mengajak atau menyilakan datang; mengundang: Tuan rumah itu telah ~ kami makan tengah hari di rumahnya. 2 menyongsong ketibaan orang; menyambut: Ia ~ adiknya di lapangan terbang. jemputan hasil perbuatan menjemput; undangan; ajakan: ~ itu diterimanya dgn baik. orang (para) ~ orang yg diundang utk menghadiri sesuatu majlis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; jemput-jemput sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung dgn pisang, gula dsb (atau tepung dgn bawang, garam dsb) yg digoreng. menjemput mengambil dgn hujung jari; mencekut. sejemput sebanyak yg dpt diambil dgn hujung jari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemput
Kata Terbitan : sejemput, menjemput,

Puisi
 

Jika betul tuan menereka,
     Tereka saya kain stokin;
Sekira benar sukakan saya,
     Jemput saya orang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jemput hadiri Malam Puisi DBKLTiadaHarian Metro19.05.1992
Jemput ayah di lapangan terbangOthmen PutehBorneo Mail04.03.1992
Di jemput dengar ceramah tokoh sejarawan IndonesiaTiadaUtusan Melayu28.08.1990
Perentas jemput sertai bengkel penulisanTiadaBintang Timur29.05.1981
Pesisir jemput pelajar sertai bengkelManzaidi Mohd. AminBerita Harian20.04.2000
IBMM jemput warga pendidik sertai seminarAkhbar:  Berita Harian (Sastera dan Budaya)09.02.2001
'Undang bukan jemput'Nor Hisham OsmanBerita Harian26.03.2009
Debat Perdana jemput pembangkang ulas isu integriti-Utusan Malaysia09.01.2007
Penulis Semenanjung : Jemput ke SarawakTiadaBerita Harian03.03.1988
Penulis di jemput sertai peraduan dramaBernamaUtusan Malaysia25.03.1985
12

Kembali ke atas