Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.mu] | جمو

Definisi : sudah tidak suka lagi (melihat, makan, dll), bosan, jelak, muak: saya dah ~ dgn masakan itu; ~ menanti; ~ hidup tidak suka hidup lagi (kerana kecewa dll); ~ jelak sangat jemu; tidak ~nya suka (akan sesuatu); menjemukan mendatangkan rasa jemu, mem­bosankan, menjelakkan, memuakkan: syarahannya panjang dan sungguh ~; kejemuan perihal jemu: mukanya me­nampakkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.mu] | جمو

Definisi : sudah tidak suka lagi (melihat, makan dll); bosan; muak: Saya sudah ~ makan kuih itu. menjemukan menyebabkan berasa jemu; membosankan; memuakkan: Syarahan yg meleret-leret itu ~ para pendengar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemu (adjektif)
Bersinonim dengan bosan, jelak, muak, cemus, jenuh, lugu, cermuih, pasai;,
Kata Terbitan : menjemukan, kejemuan,

Puisi
 

Teluk Jambu Padang Lengkuas,
     Anak katak di atas tunggul;
Kalau peluk tak jemu pandang tak puas,
     Lama-lama nanti sekali timbul.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
JemuMasuri S. NUtusan Zaman28.01.1951
Jemu MenantiDharmawijayaBerita Minggu10.04.1966
Jangan jemu jadi penyairWahid KasranUtusan Malaysia11.05.1995
DBP tidak jemu mendaulat bahasa: usaha perkasa sastera kebangsaan agenda berterusan bukti tiada kemandulan minda [wawancara bersama Pengarah Jabatan Bahasa, DBP, Puan Hajah Noresah Baharom]-Berita Harian13.12.2007
Nyonya tidak jemu dipentaskanAbd. Aziz ItarUtusan Malaysia25.02.2008
Zaleha tidak jemu tabur bakti-Utusan Malaysia03.08.2007
Affrini tak jemu curah ideaWadiassofi JaafarMetro Ahad21.06.1998
BBLP tidak jemu untuk belajarTiadaBerita Harian09.10.1987
Yang Tak Jemu Dan Tak PiluNormasdiMingguan Malaysia24.04.1994
Zin tidak jemu dengan bidang seniTiadaBorneo Mail06.09.1991
123

Kembali ke atas