Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ji/] | جيجيق

Definisi : 1. meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dll): aku berasa ~ dgn keadaan di rumah sakit itu; banyak orang ~ melihat perangai buruk Munah; 2. kotor atau keji (yg memualkan, yg tidak suka dilihat): jangan kau pegang makanan itu, ~; menjijikkan 1. berasa jijik akan, meng­anggap jijik; 2. menimbulkan (men­datang­kan) rasa jijik: perangaimu itulah yg ~ kami; kejijikan perihal jijik; penjijik orang yg tidak suka akan benda (keadaan) yg kotor: dia ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ji/] | جيجيق

Definisi : 1 mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji: ~ sekali makanan itu. 2 berasa tidak suka melihat sesuatu kerana kotor atau keji: Ia ~ melihat perangai kawannya yg tamak itu. menjijikkan 1 berasa jijik akan; menganggap sesuatu jijik: Jangan suka ~ pengemis, walaupun dia kelihatan kotor. 2 menimbulkan rasa jijik: perbuatan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jijik (adjektif)
1. Bersinonim dengan geli: geli-geman, geli-geleman, gelinggaman, genyi, loya, jejap, mual, seer,
Berantonim dengan berselera

2. Bersinonim dengan meluat: menyampah, cicik, benci, tidak suka, getik, geli,
Berantonim dengan suka

Kata Terbitan : menjijikkan, kejijikan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
JijikAbdul Talib Abu YaminUtusan Melayu27.08.1998
Perangai jijik ahli politik didedahkan melalui cerpen 'Service Girl'Daniel Jebon JanaunBorneo Mail26.03.1995
Taktik jual buku jijikKamarulzaman PidHarian Metro10.12.2007
Sial "menimbulkan rasa jijik dan geram"Yahya SamahMingguan Wanita16.01.1987
Orang kampung dah kaya di kota jijik nak makan ikan daratPak SakoUtusan Zaman06.02.1983
A. Wahab Ali melihat pesta kota yang jijikTiadaBerita Minggu31.01.1988

Kembali ke atas