Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[juang] | جواڠ

Definisi : ; semangat ~ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dsb): se­mangat ~ yg tinggi dapat membantu meng­atasi halangan itu; berjuang 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, ber­lawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menen­tangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah; berjuangkan sl melagakan, melanggarkan: segala orang yg bergajah, ~ gajahnya dan segala yg berkuda, bergigitkan kudanya; menjuang sl melanggar, menyerang: musuh mana akan datang, mana tebing akan run­tuh, atau kubu akan dijuang; memperjuangkan hendak memperoleh se­suatu dgn berjuang: mereka mogok kerana hendak ~ gaji yg lebih tinggi; perjuangan perihal berjuang utk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu: kita semestinya tidak lupa akan peranan guru Melayu dlm ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu; seperjuangan sama-sama berjuang: ka­wan ~; pejuang orang yg berjuang (utk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris; ~ kebebasan orang yg berjuang utk mem­bebaskan diri, tanah air dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[juang] | جواڠ

Definisi : ; berjuang 1 berlaga antara satu dgn yg lain (bkn binatang); berlanggaran; berlawan. 2 beradu tenaga (utk merebut sesuatu, mencapai sesuatu dsb); berperang; berusaha: Mereka ~ mati-matian utk mempertahankan negara. memperjuangkan menjadikan sesuatu sbg tujuan berjuang: Pergerakan pertiwi sedang ~ hak-hak wanita. perjuangan perbuatan atau hal berjuang; perlawanan: ~ antara Hang Tuah dgn Hang jebat berakhir dgn kematian Hang Jebat. pejuang orang yg berjuang: ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juang
Kata Terbitan : berjuang, memperjuangkan, perjuangan, pejuang,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
'Jiwa juang bangsa Melayu sudah mati'Salbiah AniBerita Harian12.07.2007
Daya juang Zaid ZahariZainuddin MaidinUtusan Malaysia25.07.2007
Semangat juang bagai tentera GurkhaJamudin IdrisBerita Minggu (Sastera dan Budaya)03.09.2000
Mengorak JuangRoslia Rys'z J.FelixHarian Ekspres28.09.1997
Semangat juang Rahman ArshadNoor Sham SalehMetro Ahad20.07.1997
Mengembalikan semangat juang DBPLawrence QuekUtusan Malaysia01.12.2007
Usman Awang juang guna seniMohd Azam Shah YaacobHarian Metro03.07.2008
Pe(r)juang(an) Bahasa IIUthaya Sankar SBMingguan Malaysia24.06.2007
Menghayati semanagat juang Abdul Rahman Ya'kubMokhtar YusofBerita Harian08.03.2002
Pancaran semangat juang bangsaRamlah ZainalHarian Metro (Bintang)06.07.2005
12

Kembali ke atas