Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya men­dapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ me­nanti orang yg memegang sesuatu ke­johanan dan kini bertanding utk mem­per­tahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian; 5. orang kedua penting dlm persembahan dikir barat yg tugasnya me­mulakan dikir barat dlm keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak; adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi); bersahabat dgn ~, selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula; menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. mem­perjuangkan (mempertahankan, me­nyo­kong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku men­jadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat; kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan sungai, Pangasuis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1 johan dlm sesuatu pertandingan atau perlawanan: Kugiran Titiwangsa telah menjadi ~ pd tahun 1971. 2 ahli dlm sesuatu bidang: Dia memang ~ dlm hal masak-memasak. 3 pemimpin dan pelerai dlm perjudian (gelanggang menyabung ayam dll). 4 pemimpin dlm sesuatu pesta atau majlis keramaian. kejuaraan 1 pertandingan utk menentukan johan atau juara. 2 kehandalan dlm olahraga; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juara (kata nama)
Bersinonim dengan johan, jaguh, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : menjuarai, kejuaraan,

Puisi
 

Raja bermadah mandi bersiram,
     Burung merpati terbang sila;
Berapa lama tuah ayam,
     Mati gelanggang bujang juara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Juara Kepada Juara iktiraf lagu bermutuZainuri MisfarBerita Harian04.03.2008
Juara KehidupanRosmini MatUtusan Sarawak 
Juara PABM janji sebar bahasa Melayu di KembojaTiadaUtusan Malaysia09.03.2009
Juara tiada tandinganHayati IbrahimHarian Metro15.08.2008
Juara selepas dua tahun di tempat keduaKhairi MohamadKosmo06.03.2007
Juara dilihat di segi analisa jiwaHashim AwangBerita Minggu25.12.1977
Juara deklamasi puisi KelantanTiadaUtusan Melayu24.07.1991
Juara pertandingan jawiTiadaUtusan Malaysia28.10.1993
JuaraFadlina AmranWatan12.09.1995
JuaraTiadaMingguan Timur11.04.1976
12345678910...

Kembali ke atas