Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara ke­betulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan men­jumpai, penemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.pa] | جومڤا

Definisi : ; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Anak dekut hutan Merlimau,
     Jumpa landak meniti batang;
Kalau takut makan rimau,
     Tidak saya berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(35)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jumpa RaisSyahrul Aswari AbdullahHarian Metro17.08.2006
Jumpa dua kali ajak nikahSaniboey Mohd IsmailMetro Ahad12.11.1995
Jumpa intan dalam akhbarAde Irma Suryani Che LehMingguan Watan01.11.1996
Jumpa Riak, Belum OmbakCheng Poh HockWatan06.07.1979
Jumpa Riak, Belum OmbakCheng Poh HockWatan06.07.1979
Jumpa surat rahsiaDharmala N. SUtusan Zaman28.07.1974
Jumpa Riak, Belum OmbakCheng Poh HockWatan01.07.1979
Jumpa Sukarno di TokyoPak SakoMingguan Malaysia01.08.1976
Jumpa LagiAisya SofeaMingguan Wanita20.04.2001
Nak Jumpa RasulullahAzizi Haji AbdullahBerita Minggu17.09.1995
12345

Kembali ke atas