Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jun.jung] | جونجوڠ

Definisi : kayu, buluh dsb yg menopang tanam-tanaman yg memanjat atau menjalar spt sirih, kacang panjang dsb: ~ sirih; menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, me­muliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; ~ sangkak ayam prb Mn mendapat malu; dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu prb hukuman (aturan, perintah) yg sangat berat dan keras; kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek prb lebih mementingkan kerja orang lain drpd kerja sendiri; menjunjungkan mengangkat sesuatu ke atas kepala seseorang (utk dibawa); junjungan 1. benda yg dijunjung; 2. orang yg dimuliakan (khusus utk Nabi Muhammad SAW); 3. Mn suami; 4. galah tempat pokok menjalar atau memanjat, jalaran, junjung; berjunjungan bersuami; perjunjungan = ~ duli perihal menjunjung duli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jun.jung] | جونجوڠ

Definisi : ; menjunjung 1 membawa sesuatu di atas kepala: Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2 mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3 menghormati; menghargai: Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. ~ duli a. menyembah raja. b. mengerjakan perintah raja. junjungan 1 sesuatu yg dijunjung: ~ itu sangat berat. 2 orang yg dimuliakan: ~ kita Nabi Muhammad SAW. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jun.jung] | جونجوڠ

Definisi : kayu atau buluh tempat tanam-tanaman (spt kacang, sirih) melilit: spt kaduk naik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
junjung
Kata Terbitan : menjunjung, junjungan,

Puisi
 

Sirih kuning naik junjung,
     Mari dikait pisau patah;
Putih kuning turun bertudung,
     Sayang sedikit gigi berasah.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Tuah yang disembah,
     junjung yang dipanjat.

Bermaksud :

Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sirih junjung bawa hajat - 'kepala' barang hantaranHidayah MohammadBerita Harian18.07.2008
Sirih junjung pelengkap hantaran perkahwinanNor Affizar IbrahimBerita Harian30.05.2007
Sirih junjung kini hadapi perubahanShamsiah SaninBerita Harian22.08.1989
Sirih JunjungShamsir H. MBacaria27.07.1991
Paradigma baru junjung raja MelayuZainul Rijal Abu BakarBerita Harian22.10.2008
Erti sirih junjung dalam perkahwinan Melayu-Kosmo07.05.2006
Erti sirih junjung dalam perkahwinan MelayuTiadaHarian Metro07.05.2006
Pertandingan sirih junjung menyegarkan cabang budaya nasionalAbd. Razak OsmanHarian Watan02.12.1996
Kaduk dah naik junjungA. Aziz DeramanSinar Harian14.08.2008
Samad: saya kini junjung aqidahTiadaBerita Harian03.02.1981
12

Kembali ke atas