Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bul] | قبول

Definisi : 1. = terkabul terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; 2. = ~ akan mempersetujui, setuju dgn, meluluskan: ~lah ia akan kehendak hamba; 3. = ~ pd diper­setujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara; mengabulkan memperkenankan (permo­honan doa, kehendak, dsb), mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini; pengabulan perihal mengabulkan (permin­taan dll); pengabul bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dsb (bkn Allah): Allah yg maha pengasih dan maha ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bul] | قبول

Definisi : 1 = terkabul tercapai (cita-cita dll); diluluskan; dibenarkan (permintaan dll): Cita-citanya hendak menjadi doktor telah ~. 2 setuju dgn; menyetujui: ~lah ia akan kehendak anaknya itu. mengabulkan membenarkan permintaan dll; meluluskan; mengizinkan: Semua permintaan ulama itu telah dikabulkan oleh Sultan Aceh. pengabulan perbuatan atau hal mengabulkan permintaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabul (kata nama)
1. Dalam konteks pernikahan
bersinonim dengan persetujuan, perkenan, penerimaan, perjanjian, kontrak,

2. Dalam konteks doa
bersinonim dengan makbul, perkenan, persetujuan, kelulusan, keizinan, kerelaan,

Kata Terbitan : mengabulkan, terkabul, pengabulan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
KabulAbham T. RMingguan Malaysia17.05.1992
Bandar Kabul tiba-tiba dihujani askar-askar payung terjunWahbaUtusan Zaman20.07.1980
Ijab KabulMustafa JusohBerita Minggu28.08.1988
Ijab KabulAbd. Jalil AliMingguan Wanita05.07.1985
Ijab kabulIshak Haji MuhammadUtusan Zaman28.05.1967
Hadiah Ijab KabulRatu Sepi Ass AinimSabah Times06.03.1994
Afghanistan di sebalik tabir perang [ ulasan buku Saudagar Buku Dari Kabul karya Asne Seierstad ]Wan A. RafarBerita Harian27.02.2007

Kembali ke atas