Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.la.ngan] | کالڠن

Definisi : 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golong­an atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.la.ngan] | کالڠن

Definisi : 1 kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan: ~ atasan golongan orang-orang yg berpangkat tinggi; orang-orang besar. 2 lingkaran di keliling bulan, matahari dll; gelanggang. ~ ayam tempat menyabung ayam; gelanggang ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalang (kata nama)
Bersinonim dengan galang, landasan, penyangga, ganjal, penopang, penunjang;,
Kata Terbitan : kalangan,

Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kalangan penulis alukan Zamalah Sastera Berita HarianTiadaBerita Harian22.11.1983
Tekad kalangan perfilman dan buku biruTiadaKompas07.08.1988
Adaptasi: kalangan sasterawan serikSalbiah AniBerita Minggu25.12.1994
Punca kalangan profesional tak minat sasteraArie TeeWatan18.09.1990
Minat membaca kalangan rakyat masih rendah:ibu bapa perlu beli buku sesuai galak perkembangan sihat.Mohd Roji AbdullahBerita Harian17.12.2008
Komunikasi perlu kalangan penulisTiadaBorneo Mail18.12.1993
Pengangguran di kalangan beliaTiadaUtusan Melayu27.01.1970
Usaha menyeluruh kalangan gemar membaca dilancarkan ke segenap lapisanmasyarakatTiadaUtusan Melayu01.03.1972
Sastera di kalangan guru pelatih perlu dipergiatkanMohd. Yunan SaidBerita Harian13.01.1985
Dilema di kalangan siswazah sainsZain IsmailBerita Harian13.12.1984
12345678910

Kembali ke atas