Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lut] | کالوت

Definisi : 1. tidak teratur, tidak aman (tenteram, tenang), kacau, kusut: kalau tidak ada pemerintah tentu negeri ~; hati Tajurim demikian ~; fikirannya ~; 2. bercakap yg bukan-bukan (spt orang yg sakit kuat dll), meracau, ngaco: kerana sakitnya berat, maka ia ~; mengalutkan menjadikan kalut: dia mula pening sendiri dlm kekacauan yg begitu ~; kekalutan kekacauan, kekusutan: ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lut] | کالوت

Definisi : tidak tenteram (keadaan dlm negeri dll); tidak aman; kacau; huru-hara: Rumah tangganya ~. ~-malut, = ~-marut kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. berkalut bercakap yg bukan-bukan; meracau (spt keadaan orang sakit tenat dll): Kerana sakit, maka ia ~. mengalutkan menjadikan kalut; menyebabkan kacau: Tindakan spt itu hanya akan ~ rakyat saja. kekalutan keadaan atau hal kalut; kekacauan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalut
Rujuk :kacau


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
'Kalut Kota' papar ragam kehidupanZulkifli OsmanBerita Harian30.09.1987
KalutSalim AwangBerita Minggu18.09.1992
Kalut dan kanta dalam diskusi novel KalutA. F. YassinUtusan Zaman07.06.1998
Novel Kalut banyak unsur sengajaMawar ShafeiBerita Harian10.02.1998
Novel Kalut banyak unsur sengajaMawar ShafeiBerita Harian10.02.1998
Menghurai "Kalut" Othman PutihRaja Yusof AriffinUtusan Melayu19.06.1998
Apa hebatnya Kalut?Ramlah ZainalHarian Metro06.03.2007
Sepatah kata: kalutTiadaUtusan Borneo18.11.1996
Sepatah kata: kalutTiadaUtusan Borneo07.01.1997
Sulit Kian KalutYusnilah M. YUtusan Borneo13.01.1997
12

Kembali ke atas