Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dsb supaya dapat berjalan dgn betul dan lancar selaras dgn atur­an, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan: ~ perdagangan mata wang memerlukan tindakan bersepadu semua negara; pendisiplinan kuasa pasaran boleh menggalakkan ~ korporat yg baik; mengawal selia melakukan atau menjalan­kan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit; pengawalseliaan perihal (proses atau per­buatan) mengawal selia: akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yg menjalankan perniagaan bank; ~ mutu program francais juga diragui; pengawal selia pihak (badan atau orang) yg menjalankan kawal selia: keadaan itu mendesak ~ sekuriti utk berbincang dan bertukar-tukar maklumat; kajian itu menonjolkan isu utama yg membabitkan semua ~ kewangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Badan kawal selia khazanah sastera Johor perluHabsah OmarUtusan Melayu05.04.2002

Kembali ke atas