Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : (kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : /kecéwa/ 1 (berasa) sedih kerana yg diharapkan tidak tercapai; hampa: Jangan ~ jika usahamu itu gagal. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya (dlm peperiksaan dll); gagal dlm usahanya: Segala usaha itu akan ~ jika tidak mendapat sokongan drpd orang ramai. mengecewakan 1 menyebabkan kecewa atau hampa: Tindakan majikan itu sangat ~ para pekerja. 2 menjadikan tidak berhasil; menggagalkan: Pihak merekalah yg ~ rundingan itu. terkecewa berasa kecewa; dikecewakan. kekecewaan perasaan atau keadaan kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti anjing kedahuluan.

Bermaksud :

Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
KecewaSalimin SallpiNew Sabah Times29.07.2008
Kecewa anak Melayu tidak pandai berbahasa Melayu-Utusan Malaysia23.06.2008
Kecewa sikap 'lepas tangan' pengarah muzikZul Husni Abdul HamidBerita Harian11.04.2008
Kecewa disingkir tanpa alasanSiti Fatimah HassanHarian Metro23.04.2007
Kecewa (Cinta Najla)Shahriah AbdullahBacaria24.01.2007
Kecewa dengan pelitaZahmy Haji YusufBacaria24.10.1992
KecewaIme. NBacaria18.03.1992
Kecewa CintaAbdul Aziz H. MWatan10.09.1986
KecewaRoslan BidinBacaria05.04.1997
Kecewa kepincangan keluargaSuhaidi MohamadBacaria29.07.1998
12345678910...

Kembali ke atas