Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tertutup (mata) hingga tidak dapat melihat, pejam; ~ celik seketika terbuka sekeĀ­tika tertutup (bkn mata), seketika terang seketika padam (kn lampu): matanya ~ celik; lampu neon yg ~ celik menerangi jalan itu; mengejamkan memejamkan (mata): beberapa ketika sesudah ia ~ matanya, ia pun tertidurlah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak berperikemanusiaan, tidak mempunyai (menunjukkan) belas kasihan sama sekali, bengis, ganas, zalim: berlaku ~; ayah dan ibunya dibunuh oleh pengganas-pengganas secara ~; hukuman yg ~; 2. sangat kedekut atau bakhil, tidak mudah berbelanja; mengejami 1. membuat (melakukan) seĀ­suatu dgn kejam (tiada belas kasihan), berbuat kejam pd; 2. berlaku keras kpd; kekejaman perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman: lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup menderita ~ musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ penggeli sj tumbuhan (pokok), Canarium grandiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tertutup mata sehingga tidak dpt melihat; pejam: ~ celik sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn mata). mengejamkan menutup (mata); memejamkan: ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tidak berperasaan belas kasihan; bengis: Sesudah berkuasa, dia sangat ~ terhadap orang-orang bawahannya. mengejami 1 memperlakukan dgn kejam. 2 berlaku kejam kpd (terhadap); berbuat keras kpd: Mereka diusir, dikejami dan harta mereka dirampas. kekejaman perbuatan atau keadaan kejam; kezaliman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejam

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
KejamRosSabah Times23.11.1992
Hukuman 'kejam' bendung jenayahNasron Sira RahimBerita Minggu12.11.2006
Suami yang KejamRahman ShaariBacaria01.01.1987
Rompakan Paling KejamMohammad Isa IsmailMingguan Kota Baharu09.12.1967
Westerling - Manusia kejam dan keji, dikutuk oleh bangsa Indonesia ,tapi kini....TiadaBerita Minggu20.11.1983
Sahabatmu Yang KejamWadi Leeta S.AUtusan Melayu10.07.2005
Kisah ngeri dan kejam semasa di CaliforniaAwang Had SallehUtusan Malaysia23.10.1991
Angkara ganas dan kejamTiadaUtusan Melayu25.04.1970
Tuhan Kata Ini Amat KejamAjikikUtusan Zaman28.03.1976
"Kembang Berduri" kisah pengganas yg kejam cuba pengaruhi rakyatZainuddin BendaharaBerita Harian15.09.1973
12

Kembali ke atas