Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Peribahasa

Hawa pantang kerendahan,
     nafsu pantang kekurangan.

Bermaksud :

Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kekurangan, pencapaian pendidikan negara dinilaiSaufi HamzahBerita Harian06.05.2009
Kekurangan pembaca jawi seriusTiadaUtusan Malaysia04.02.1994
Kekurangan penyunting bantutkan kegiatanTiadaBerita Harian17.11.1993
Kekurangan buku teksTiadaUtusan Melayu17.05.1989
Kekurangan buku teks disiasatSuhada Choo BadullahBerita Harian28.11.1995
Kekurangan bahan-bahan sastera dipamerkanTiadaUtusan Melayu10.04.1973
Kekurangan pemimpin mudaRazak IdrisUtusan Malaysia04.05.1996
Kekurangan pemikiran kritikalAinon MohdUtusan Malaysia13.12.1996
kekurangan penyair: M. Zakaria menjawab persoalanM. ZakariaBerita Harian23.06.1976
Kekurangan buku ilmiah bahasa Malaysia: ramai tukang canang daripadatukang canaiAhmad Nazri AbdullahBerita Harian26.09.1987
123456789

Kembali ke atas