Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kélah); berkelah bersuka-suka dan berjamu beramai­ramai (di pantai dll), berpiknik: ramai pelawat yg datang ~ ke Pantai Port Dickson tiap-tiap hujung minggu; perkelahan perihal berkelah, piknik: adat bermain pantai ini merupakan suatu ~ kaum tani yg terbesar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, Tor spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : IB; pengaduan, tuduhan, dakwaan; mengelah melaporkan atau mengadukan (sesuatu kpd pihak berkuasa), membuat pe­ngaduan, menuduh, mendakwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kélah/; berkelah bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai di luar rumah (di pantai dll): Minggu lalu kami sekeluarga telah pergi ~ di Taman Templer. perkelahan perihal berkelah; piknik: Persatuan itu akan mengadakan satu ~ yg besar di Pulau Pangkor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan darat, Tordouronensis tambroides. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelah
Kata Terbitan : mengelah, berkelah, perkelahan,

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bengkel kelah puisi Grupemuisi UKM berjayaAnuar MusaWatan07.08.1990
Bengkel kelah puisiTiadaWatan26.07.1990
Bengkel kelah puisi Grupemuisi UKM berjayaTiadaMingguan Famili02.09.1990
Usaha selamatkan ikan kelahAzlinariah AbdullahUtusan Malaysia20.06.2005

Kembali ke atas