[ke.la.na] | کلان
Definisi : 1. pengembara: negeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa; ~ perajurit perajurit yg mengembara; 2. gelaran kebesaran berasal dr Bugis (mis Datuk Kelana Sungai Ujung); berkelana = mengelana mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~; perkelanaan perihal (perbuatan dsb) berkelana, pengembaraan: ia hanya wujud dlm impian utk memungkinkan aku meneruskan ~ ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.la.na] | کلان
Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), kelunuh, ubi kelonak, Dioscorea prainiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.la.na] | کلان
Definisi : orang yg mengembara; pengembara; perantau. berkelana mengembara; merantau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)