Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyang­kakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, me­ngacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat ang­gapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusut­an: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1 salah pengertian; silap; tidak benar (bkn pendapat); sesat: Pendapatnya ~. 2 tertukar kerana tersalah anggap dll: Dia ~ memukul temannya sendiri. mengelirukan menyebabkan orang menjadi keliru; membingungkan; menyesatkan: Ucapannya dpt ~ orang ramai. kekeliruan keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. terkeliru dlm keadaan keliru; dikelirukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
KeliruAidil Farmi bin MohamadUtusan Sarawak24.12.2008
Keliru atau rinduRidwan M.DNew Sabah Times03.02.2009
Keliru cari jawapan yang tepatAlias IsmailKosmo14.10.2008
KeliruMazemie MazBerita Minggu01.07.2007
Keliru istilah filem MelayuTiadaHarian Metro20.04.2007
Keliru perkataan 'baru' dalam Kamus Dewan.TiadaBerita Harian06.03.2007
Keliru 1Asmadi OthmanBerita Minggu19.11.2006
Keliru terhadap pemikiran kreatifJaafar RahimUtusan Malaysia02.03.1994
Keliru dengan soalan Bahasa Klasik SPMMat PrihatinBerita Harian13.11.1995
KeliruNorlida MohdUtusan Malaysia24.06.1996
1234567

Kembali ke atas