Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya; berkempen melancarkan (menjalankan) kem­pen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kémpén/ tindakan atau usaha yg dirancang utk mempengaruhi pendapat umum supaya menyokong atau menentang sesuatu dasar: ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi seseorang calon yg bertanding dlm pilihan raya. berkempen melancarkan atau menjalankan kempen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kempen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, rancangan, operasi, strategi, taktik.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bahasa dan kempen-kempen pilihanrayaBadrul Hisham Abdul AzizUtusan Malaysia07.04.1995
Kempen punyalah kempen..Adibah AminUtusan Malaysia04.11.1988
Kempen punyalah kempen..Adibah AminUtusan Melayu04.11.1988
Kempen Minggu Bahasa pupuk semangat belajarTiadaSinar Harian07.05.2009
Kempen memporak-perandakan politik MalaysiaMuhammad Alias, DatukUtusan Malaysia03.12.2008
Kempen Budi Bahasa perlu diperhebatTiadaUtusan Malaysia04.11.2008
Kempen Budi Bahasa ahli parlimenTiadaUtusan Malaysia03.11.2008
Kempen Astro Megadrama: insentif kpada penerbit tempatan ketengah karya di empat saluran berbahasa MelayuMohd Nasif BadruddinHarian Metro17.04.2008
Kempen memartabatkan lagu-lagu rakyatAbd Aziz ItarUtusan Malaysia24.12.2007
Kempen Budi Bahasa berkesan-Utusan Malaysia02.07.2007
12345678910...

Kembali ke atas