Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.tal] | کنتل

Definisi : 1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, meme­katkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (me­ngaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan me­ngental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.tal] | کنتل

Definisi : hampir beku; pekat. mengental menjadi hampir beku; menjadi kental. mengentalkan menjadikan kental. pengentalan perihal mengental atau mengentalkan. pengental bahan yg mengentalkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kental (adjektif)
1. Bersinonim dengan pekat: likat, menjelunut, melekat, ganteng, bergelintin, gadik, lekit, tidak cair,
Berantonim dengan cair

2. Bersinonim dengan akrab: karib, erat, rapat, mesra,

3. Bersinonim dengan teguh: kukuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : mengental, mengentalkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
KentalRini Azura YusofUtusan Melayu15.02.2002
Pendirian kental (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia14.08.2007
Kemala kentalSaniboey Mohd. IsmailMetro Ahad07.04.1996
Puisi kental dengan muzik bahasaDaniel Jebon JanaunBorneo Mail21.09.1997
Kemelayuan yang kental dan encerAnwar, H. RosihanUtusan Malaysia27.10.1994
Contohi pendirian kental Za'ba: Dr. MAkhbar:  Berita Minggu30.04.2000
Ciri penyair segar, kental dalam jiwa SaniMarsli N. OBerita Harian (Sastera dan Budaya)23.02.2002
Bahasa Melayu perlu kentalTiadaBerita Harian03.03.1998
Jiwa seni Azhar kentalNor Akmar SamudinHarian Metro (Bintang)25.05.2005
Walau sederhana semangat tetap kentalA. F. YassinBerita Minggu (Sastera dan Budaya)06.05.2001
12

Kembali ke atas